Home » » Contoh Perjanjian Jual-Beli Barangan

Contoh Perjanjian Jual-Beli Barangan


Contoh perjanjian jual-beli barangan ini adalah di antara penjual dan pembeli. Contoh ini sekadar mengandungi rangka, terma dan syarat-syarat asas. Sila dapatkan nasihat profesional bagi menambahbaik perjanjian ini agar selaras dengan akta-akta sediada.




PERJANJIAN INI dibuat pada . . . . . 2010 dan di antara . . . . . beralamat di . . . . . (“Penjual”) dan . . . . . beralamat di . . . . . (“Pembeli”).


MAKA ITU DAN BAGI pertimbangan mencukupi kepada kedua-dua pihak, janji-janji bersama serta manfaatnya, Penjual dan Pembeli bersetuju memasuki Perjanjian mengikut terma-terma dan syarat-syarat di bawah:-

1. Pembelian Aset. Pembeli bersetuju membeli daripada Penjual dan Penjual bersetuju menjual kepada Pembeli barangan yang diperihalkan pada Jadual "A" ("Barangan").

2. Harga Belian. Harga Belian Barangan ialah RM. . . . . (Ringgit Malaysia . . . . . ) dan mestilah dibayar kepada Penjual melalui serahan cek atau bank deraf pada . . . . . .

3. Serahan Barangan. Barangan hendaklah diserahkan kepada Pembeli dalam keadaan sempurna dalam tempoh (1) hari daripada tarikh Perjanjian ini di alamat . . . . . .

4. Masa. Masa menjadi intipati utama dan penamatan Perjanjian ini berlaku dalam tempoh (14) hari daripada tarikh ianya ditandatangani, yang mana selepasnya mana-mana pihak yang ingkar dikehendaki membayar gantirugi dan menanggung segala kerugian berbangkit daripadanya.

5. Keseluruhan Perjanjian. Perjanjian ini mengandungi keseluruhan perundingan dan persetujuan di antara pihak Pembeli dan Penjual, dan kenyataan lisan atau jaminan yang tidak terkandung di sini adalah tidak terpakai.

6. Pengganti. Perjanjian ini mengikat waris, wakil peribadi, pengganti dalam hakmilik dan penerima serah hak yang dibenarkan oleh Pembeli.


PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan mereka pada hari dan tahun mula- mula bertulis di atas.


Ditandatangani oleh Penjual                 ]

..........................................................]

untuk dan bagi pihak Penjual yang namanya]

tersebut di atas dalam kehadiran...............]



..........................................................]

No. KPPN:.............................................]



Ditandatangani oleh Pembeli]

..........................................................]

untuk dan bagi pihak Pembeli yang namanya]

tersebut di atas dalam kehadiran...............]



..........................................................]

No. KPPN:.............................................]



.............................................



JADUAL A: Butiran Barangan
Share this article :

 
Penting : Terma dan Syarat
Copyright © 2013. Contoh Perjanjian - All Rights Reserved
Hubungi Saya | Pertanyaan | Sitemap
Creating Website . Mas Template