Home » » Contoh Perjanjian Pekerjaan

Contoh Perjanjian Pekerjaan

Contoh Perjanjian Kerja
Contoh perjanjian pekerjaan ini adalah di antara majikan dan pekerja. Contoh ini sekadar mengandungi rangka, terma dan syarat-syarat asas. Sila dapatkan nasihat profesional bagi menambahbaik perjanjian ini agar selaras dengan akta-akta sediada.




PERJANJIAN INI dibuat pada . . . . . 2010 dan di antara . . . . . beralamat di . . . . . (“Majikan”) dan . . . . . beralamat di . . . . . (“Pekerja”).


Mukadimah

A. BAHAWA Majikan menjalankan perniagaan dikenali sebagai . . . . . ("Perniagaan") dan berkehendak melantik pekerja bagi melakukan kerja dan menjawat jawatan . . . . ..

B. DAN BAHAWA Pekerja memohon jawatan tersebut dan Majikan bersetuju menawarkan jawatan tersebut kepada Pekerja;

C. DAN BAHAWA kedua-dua pihak bersetuju memasuki Perjanjian Kerja ini bagi menetapkan terma dan syarat yang dipersetujui bagi perjanjian kerja di antara kedua-dua pihak.

MAKA ITU DAN BAGI pertimbangan mencukupi kepada kedua-dua pihak, janji-janji bersama serta manfaatnya, Majikan dan Pekerja bersetuju dengan terma dan syarat Perjanjian ini:-

1. Perlantikan. Majikan bersetuju melantik Perkerja dan Pekerja bersetuju menerima perlantikan bagi jawatan . . . . . serta mengikut terma dan syarat- syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

2. Tempoh Perjanjian. Perjanjian Kerja ini bermula pada tarikh ianya ditandatangani dan berakhir (6) bulan selepasnya, kecuali ditamatkan lebih awal di atas Klausa 8. Selepas tempoh tersebut, prestasi Perkerja akan dinilai bagi tujuan Pengesahan Perlantikan atau penamatan kekal.

3. Masa Kerja. Pekerja dikehendaki memulakan pekerjaannya pada . . . . . 2010 jam . . . . . 08:00 am, dan masa bekerja harian adalah pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat daripada jam 08:00 am sehingga jam 05:00 pm.

4. Tanggung-jawab. Tugas dan tanggung jawab Pekerja adalah seperti di bawah:-

a. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
b. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
c. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
d. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
e. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
f. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
g. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

5. Pematuhan. Kedua-dua pihak bersetuju Perjanjian Kerja ini tertakluk kepada terma dan syarat yang diperuntukkan dalam Skim Perkhidmatan (Eksekutif) 2000, dan tidak terhad kepada apa-apa pindaan polisi yang dibuat oleh pihak Majikan dari masa ke semasa.

6. Kenaikan & Ganjaran. Kedua-dua pihak bersetuju kenaikan gaji, ganjaran dan cuti tahuan Pekerja adalah tertakluk kepada terma dan syarat Skim Perkhidmatan (Eksekutif) 2000 dan sepenuhnya berdasarkan prestasi Pekerja.

7. Bayaran Gaji. Majikan dikehendaki membayar gaji Pekerja pada 01 haribulan dan tidak lewat daripada 07 haribulan pada setiap bulan.

8. Penamatan. Perjanjian ini akan berakhir sebelum tempoh berakhir (6) bulan jika berlakunya perkara berikut:

a. Pekerja melakukan salahlaku atau perbuatan jenayah;

b. Keengganan melaksanakan tanggung-jawab dinyatakan Klausa (4) di atas selepas notis atau amaran diserahkan kepada Pekerja;

c. Kegagalan hadir bekerja tanpa keizinan dan dalam tempoh (2) hari berturut-turut.

9. Keseluruhan Perjanjian. Perjanjian Kerja ini mengandungi keseluruhan perundingan dan persetujuan di antara pihak Majikan dan Pekerja, dan kenyataan lisan atau jaminan di luar Perjanjian ini adalah tidak terpakai, kecuali terma dan syarat yang diperuntukan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

10. Pengganti. Perjanjian ini mengikat waris, wakil peribadi, pengganti dalam hakmilik dan penerima serah hak yang dibenarkan oleh Majikan.

PADA MENYAKSIKAN HAL DI ATAS pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan mereka pada hari dan tahun mula- mula bertulis di atas.



Ditandatangani oleh Majikan]

..........................................................]

untuk dan bagi pihak Penjual yang namanya]

tersebut di atas dalam kehadiran...............]



..........................................................]

No. KPPN:.............................................]



Ditandatangani oleh Pekerja]

..........................................................]

untuk dan bagi pihak Penjual yang namanya]

tersebut di atas dalam kehadiran...............]



..........................................................]

No. KPPN:.............................................]
Share this article :

 
Penting : Terma dan Syarat
Copyright © 2013. Contoh Perjanjian - All Rights Reserved
Hubungi Saya | Pertanyaan | Sitemap
Creating Website . Mas Template